Iklan Jawatan Kosong Pembantu Laut Gred A19 Di Jabatan Perhutanan Sabah

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berasal dari Sabah yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan untuk mengisi kekosongan jawatan Pembantu Laut Gred A19 di Jabatan Kerajaan Negeri Sabah seperti berikut :

NAMA JABATAN : JABATAN PERHUTANAN SABAH
1.0 No. Notis SPANS : 06/2019

Nama Jawatan : Pembantu Laut Gred A19
Klasifikasi Perkhidmatan   Pengangkutan
Kumpulan Perkhidmatan   Pelaksana
Bilangan Kekosongan   Lima (05) Jawatan
Taraf Jawatan   Tetap
Jadual Gaji   Gred A19 RM 1, 362.00 – RM 4,034.00
Kenaikan Gaji Tahunan   RM100.00

1.0 SYARAT LANTIKAN

a.

i.

Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji Permulaan ialah pada Gred A19: RM 1, 362.00): atau
  ii.

Sijil Vokasional Malaysia dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf oleh Kerajaan. (Gaji Permulaan ialah pada Gred A19: RM 1, 362.00): atau
  iii.

Mate on Ships Of Less Than 500 GT On Domestic Trade Voyages atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji Permulaan ialah pada Gred A19: RM 1, 420.12): atau
  iv.

Engineer Officer Of Less Than 750 KW On Domestic and Near Coastal Voyages atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji Permulaan ialah pada Gred A19: RM 1,420.12)
  v.

Master on Ships Of Less Than 500 GT On Domestic Trade Voyages atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji Permulaan ialah pada Gred A19: RM 1,478.24); atau
  vi.

Officer In Charge Of Navigational Watah Less Than 500 GT Near Coastal Trade Voyages atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji Permulaan ialah pada Gred A19: RM 1,536.36)
     
b.

  Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang - kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Cara Memohon

1.








  Pemohonan hendaklah dibuat secara online sahaja dengan :

Melayari Laman web Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah di alamat http://www.jawatan.sabah.gov.my/ Kemudahan untuk memohon secara on line ini ada disediakan secara percuma di pejabat :

Urus Setia
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah,
Tingkat 3, Blok B, Wisma MUIS
88811 KOTA KINABALU. 
 2.    Hanya calon - calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.
 3.


   Salinan Sijil - Sijil Asal (sijil lahir / kad pengenalan pemohon / kad pengenalan kedua ibubapa [sijil mati jika berkaitan] / sijil-sijil akademik dan dokumen - dokumen lain yang berkaitan dan disyaratkan dalam iklan ini HANYA perlu dibawa apabila anda berjaya dipanggil untuk ditemuduga kelak.
 4.

   Permohonan yang diterima daripada calon - calon yang TIDAK MEMENUHI kelayakan yang disyaratkan  dalam iklan ini tidak akan dipertimbangkan.
5.

  Pemohon - pemohon yang tidak mendapat sebarang jawapan Selepas EMPAT BULAN dari tarikh tutup iklan, hendaklah Menganggap pemohonan mereka tidak berjaya.
6.   Tarikh tutup permohonan adalah pada 5 April 2019 (Jumaat)