Iklan Jawatan Kosong Pengawas Hutan Gred G11 Di Jabatan Perhutanan Sabah

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berasal dari Sabah yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan untuk mengisi kekosongan jawatan Pengawas Hutan Gred G11 di Jabatan Kerajaan Negeri Sabah seperti berikut :

NAMA JABATAN : JABATAN PERHUTANAN SABAH
1.0 No. Notis SPANS : 07/2019

Nama Jawatan : Pengawas Hutan Gred G11
Klasifikasi Perkhidmatan   Perkhidmatan Pertanian
Kumpulan Perkhidmatan   Pelaksana (Skim Perkhidmatan Bersepadu)
Bilangan Kekosongan   Dua Puluh (20) Jawatan
Taraf Jawatan   Tetap
Jadual Gaji   Gred G11 RM1, 246.15.00 - RM2,977.00
Kenaikan Gaji Tahunan   RM80.00

1.0 SYARAT LANTIKAN

a.


i.


Pentaksiran Tingkatan Tiga / Penilaian Rendah dan Sijil Perhutanan Pengawas Hutan daripada sekolah Latihan perhutanan Sarawak atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred G11 : RM1, 246.15): atau
  ii.


Pentaksiran Tingkatan Tiga / Penilaian Menengah Rendah dan Sijil Perhutanan Pengawas Hutan daripada Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia atau institut latihan Perhutanan Sabah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred G11: RM1, 292.30):
     
b.

  Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang - kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga / Penilanan Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

Cara Memohon

1.








  Pemohonan hendaklah dibuat secara online sahaja dengan :

Melayari Laman web Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah di alamat http://www.jawatan.sabah.gov.my/ Kemudahan untuk memohon secara on line ini ada disediakan secara percuma di pejabat :

Urus Setia
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah,
Tingkat 3, Blok B, Wisma MUIS
88811 KOTA KINABALU. 
 2.    Hanya calon - calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.
 3.


   Salinan Sijil - Sijil Asal (sijil lahir / kad pengenalan pemohon / kad pengenalan kedua ibubapa [sijil mati jika berkaitan] / sijil-sijil akademik dan dokumen - dokumen lain yang berkaitan dan disyaratkan dalam iklan ini HANYA perlu dibawa apabila anda berjaya dipanggil untuk ditemuduga kelak.
 4.

   Permohonan yang diterima daripada calon - calon yang TIDAK MEMENUHI kelayakan yang disyaratkan  dalam iklan ini tidak akan dipertimbangkan.
5.

  Pemohon - pemohon yang tidak mendapat sebarang jawapan Selepas EMPAT BULAN dari tarikh tutup iklan, hendaklah Menganggap pemohonan mereka tidak berjaya.
6.   Tarikh tutup permohonan adalah pada 5 April 2019 (Jumaat)