Kenyataan Tawaran Terbuka No.JP/SN/EIS-D11/01/2018 - Sebutharga Perolehan Perkakasan Sokongan Pengkomputeran Dan Firewall Untuk Projek E-Lesen Eksport & E-Lesen Industri Kayu Jabatan Perhutanan Sabah

Tawaran adalah dipelawa daripada syarikat/pembekal yang berdaftar dengan PUKONSA / Perbendaharaan Malaysia Sabah dalam kepala yang berkaitan dan masih dibenarkan membuat tawaran bagi sebutharga berikut:-

No. Sebutharga Tajuk Kod Bidang Bayaran Tempat & Tarikh Dokumen Sebutharga Diperolehi
JP/SN/EIS-D11/01/2018 Sebutharga Perolehan Perkakasan Sokongan Pengkomputeran Dan Firewall Untuk Projek E-Lesen Eksport & E-Lesen Industri Kayu Jabatan Perhutanan Sabah PUKONSA
210101, 210103
dan
210106

PMS/MOF
210101
dan
210107
RM50.00 Bahagian Pergurusan Projek Dan Perkhidmatan Am, Ibu Pejabat Jabatan Perhutanan Sabah, Gr. Flr, Blk D, KM11, Jln Labuk, Sandakan Sabah.
(Tel: 089-660811, 242500)

Pejabat Pentabiran, Pegawai Perhutanan Daerah Kota Kinabalu, Taman Botani Dan Zoologi Lok Kawi
(Tel: 088 761796)


14- 24 Ogos, 2018.


Dokumen Meja Tawaran boleh diperiksa dan diperolehi mulai 14 Ogos 2018 hingga 24 Ogos 2018 pada waktu pejabat. Dokumen sebutharga hanya akan dikeluarkan kepada wakil-wakil syarikat / pembekal yang sah sahaja. Selain dari itu wakil-wakil syarikat / pembekal hendaklah membawa surat PENDAFTARAN ASAL yang dikeluarkan oleh pihak Pusat Kontraktor Negeri Sabah (PUKONSA) atau Perbendaharaan Malaysia Sabah (PMS). Ambil perhatian, hanya syarikat / pembekal yang berdaftar di bawah kod bidang yang dinyatakan sahaja yang dibenarkan menyertai tawaran ini. Dokumen sebutharga yang lengkap diisi hendaklah dihantar dan dimasukkan ke Peti Tawaran Sebutharga, Bahagian Pengurusan Projek & Perkhidmatan Am, Ibu Pejabat Jabatan Perhutanan Sabah, KM 11, Jalan Utara Sandakan pada atau sebelum jam 10.00 pagi 24 Ogos, 2018 (Isnin).

KETUA KONSERVATOR HUTAN