Aplikasi Intranet Baharu: Sistem Semakan Bayaran Perkhidmatan Awam (E-Slip Gaji)
Sistem Semakan Bayaran Perkhidmatan Awam ialah sistem online (Intranet sahaja) untuk anggota perkhidmatan awam negeri menyemak bayaran elaun dan juga Slip Gaji Bulanan. Slip gaji online tersebut hanya boleh didapati bermula Januari 2012, dan akan menggantikan slip gaji manual yang tidak akan dikeluarkan lagi seperti dalam surat pekeliling PBNS bil. 4/2012 mengenai penguatkuasaan slip gaji online.
Untuk mengakses Sistem Semakan Bayaran Perkhidmatan Awam (E-Gaji), anda boleh mengakses terus ke pautan http://sww.jpkn.sabah.gov.my/semakanbayaran/ atau layari http://www.forest.sabah.gov.my/ dan klik pada pautan E-Gaji pada menu Intranet.






















