Kenyataan Sebutharga No. JP/SN/PPA-EIS/S16/01/2019 - Sebutharga Untuk Kerja-Kerja Mengubahsuai & Menaiktaraf Pejabat Am, Ekonomi Industri & Statistik (EIS), Ibu Pejabat, Jabatan Perhutanan Sabah

Kenyataan Sebutharga No. JP/SN/PPA-EIS/S16/01/2019

Tawaran adalah dipelawa daripada kontraktor yang berdaftar dengan Pusat Khidmat Kontraktor Negeri Sabah (PUKONSA) atau mempunyai Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dalam mana-mana Kelas, Kepala dan Sub-Kepala, Gred Kategori dan pengkhususan yang berkaitan seperti berikut dan masih dibenarkan membuat tawaran bagi kerja-kerja berikut :-
 
Tajuk Kerja Syarat Pendaftaran, Gred, Kategori & Pengkhususan Tempat & Tarikh Dokumen Sebutharga Diperolehi
Sebutharga Untuk Kerja-Kerja Mengubahsuai & Menaiktaraf Pejabat Am, Ekonomi Industri & Statistik (EIS), Ibu Pejabat, Jabatan Perhutanan Sabah CIDB dan mempunyai SPKK dalam Gred G1
Kategori CE - Pengkhususan CE21

ATAU

PUKONSA Kelas F Kepala I, Sub-Kepala 1
Bahagian Ekonomi Industri & Statistik (EIS), Jabatan Perhutanan Sabah, 1st Floor, Block E, KM 11, North Road, Locked Bag 68, 90009 Sandakan Sabah.
Tel: 089-242500

Dokumen Meja Tawaran boleh diperiksa dan diperolehi mulai 09 - 13 Mei 2019 pada waktu pejabat dengan bayaran Dokumen Sebanyak RM50.00 senaskah. Bayaran boleh dibuat melalui Wang Pos atau Resit Tunai yang dikeluarkan oleh Bahagian Belanjawan Dan Kewangan Jabatan Perhutanan Sabah, Sandakan. Bayaran tidak akan dikembalikan. Dokumen Sebutharga hanya akan dikeluarkan kepada wakil-wakil kontraktor yang sah sahaja. Untuk maksud ini, kontraktor atau wakil-wakil kontraktor hendaklah membawa surat PENDAFTARAN ASAL yang dikeluarkan oleh pihak Pusat Khidmat Kontraktor Negeri Sabah (PUKONSA) atau Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK).

Ambil perhatian, hanya kontraktor yang berdaftar di Daerah Sandakan sahaja yang dibenarkan menyertai tawaran ini. Sebutharga yang lengkap diisi hendaklah dihantar terus dan dimasukkan ke Peti Tawaran Sebutharga , Bahagian Pengurusan Projek Dan Perkhidrnatan Am, Jalan Utara KM11, Locked Bag 68, 90009 SANDAKAN, SABAH pada atau sebelum jam 10.00 pagi pada 20 Mei 2019 (ISNIN).

KETUA KONSERVATOR HUTAN