Kenyataan Sebutharga No. JP/SN/PPA-HQ/S16/02/2019 : Sebutharga Untuk Kerja - Kerja Menbaikpulih Kerosakan Dewan Jati, Ibu Pejabat, Jabatan Perhutanan Sabah

 
Tawaran adalah dipelawa daripada kontraktor yang berdaftar dengan Pusat Khidmat Kontraktor Negeri Sabah (PUKONSA) atau mempunyai Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dalam mana-mana Kelas, Kepala dan Sub-Kepala, Gred Kategori dan pengkhususan yang berkaitan seperti berikut dan masih dibenarkan membuat tawaran bagi kerja-kerja berikut :-
 
Tajuk Kerja Syarat Pendaftaran, Gred, Kategori & Pengkhususan Tempat & Tarikh Dokumen Sebutharga Diperolehi
Kenyataan Sebutharga No. JP/SN/PPA-HQ/S16/02/2019.

Sebutharga Untuk Kerja - Kerja Membaikpulih Kerosakan Dewan Jati, Ibu Pejabat, Jabatan Perhutanan Sabah
CIDB dan mempunyai SPKK  mempunyai dalam Gred G1 Kategori CE - Pengkhususan CE21

atau


PUKONSA Kelas F Kepala I, Sub-Kepala 1
Bahagian Pembangunan & Perkhidmatan Am (PPA),
Jabatan Perhutanan Sabah, Tingkat Bawah, Blok D, KM 11, Jalan Utara, Beg Berkunci 68, 90009 Sandakan Sabah.
Tel: 089-242500

Dokumen Meja Tawaran boleh diperiksa dan diperolehi mulai 15 - 22 Julai 2019 pada waktu pejabat dengan bayaran Dokumen Sebanyak RM50.00 senaskah. Bayaran Boleh dibuat melalui Wang Pos atau Resit Tunai yang dikeluarkan oleh Bahagian Belanjawan Dan Kewangan Jabatan Perhutanan Sabah, Sandakan. Bayaran tidak akan dikembalikan.

Dokumen Sebutharga hanya akan dikeluarkan kepada wakil-wakil kontraktor yang sah sahaja. Untuk maksud ini, kontraktor atau wakil-wakil kontraktor hendaklah membawa surat PENDAFTARAN ASAL yang dikeluarkan oleh pihak Pusat Khidmat Kontraktor Negeri Sabah (PUKONSA) atau Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB).

Ambil perhatian, hanya kontraktor yang berdaftar di Daerah Sandakan sahaja yang dibenarkan menyertai tawaran ini

Sebutharga yang lengkap diisi hendaklah dihantar terus dan dimasukkan ke Peti Tawaran Sebutharga , Bahagian Pembangunan Dan Perkhidmatan Am, Jalan Utara, KM11, 90009 SANDAKAN, SABAH pada atau sebelum jam 10.00 pagi pada 22 Julai 2019 (ISNIN).

KETUA KONSERVATOR HUTAN