Korporat-f

Logo dan Bendera

Rasional logo

JPS 100x100

Tiga peta sabah

Mewakili hutan sebagai warisan semulajadi dan tulang belakang ekonomi Sabah dahulu, sekarang dan di masa akan datang.

Bumbung dan pagar

Melambangkan komitmen total Jabatan Perhutanan sebagai penjaga hutan, yang mematuhi sepenuhnya prinsip-prinsip Pengurusan Hutan Mampan.

Bulatan dan garisan emas

Melambangkan kepentingan integriti ekosistem hutan untuk perlindungan alam sekitar dan biodiversiti.

 

Rasional Bendera

ForestFlag

Bendera Jabatan Perhutanan Sabah terdiri daripada dua komponen: logo Jabatan Perhutanan dan warna bendera Negeri Sabah sebagai latarbelakang. Kombinasi ini mewakili komitmen Jabatan ini dalam Negeri Sabah yang sentiasa maju dan berjaya.