Kerja-Kerja Lapangan Penandaan Sempadan Hutan-Hutan Simpan Di Tapak Ramsar Lower Kinabatangan Segama Wetlands, Kinabatangan, Sabah (Tawaran Kali Ke-2)

KENYATAAN TAWARAN TENDER TERBUKA

Tawaran adalah dipelawa daripada kontraktor yang berdaftar dengan Pusat Khidmat Kontraktor Negeri Sabah (PUKONSA), Perbendaharaan Malaysia Sabah (PMS) atau Kementerian Kewangan Malaysia dalam Kod/Bidang yang berkaitan dan masih dibenarkan membuat tawaran bagi kerja-kerja berikut:-

Tajuk Syarat Pendaftaran, Kod & Bidang Pengkhususan Tempat, Tarikh & Waktu
Dokumen Mula Dijual
Sesi Taklimat & Lawatan Tapak Mandatori
No. Tender: JP /TP /DC(FSP)-RAMSAR/P23/01 /2018

Kerja-Kerja Lapangan Penandaan Sempadan Hutan-Hutan Simpan Di Tapak Ramsar Lower Kinbatangan Segama Wetlands, Kinabatangan, Sabah (Tawaran Kali Ke-2)
Kod Bidang Lama 230900
atau
Kod Bidang Baru 330203 (UKUR TANAH) - Perkhidmatan
Bahagian Pengurusan Projek & Perkhidmatan Am, KM11, Jalan Utara, Ibu Pejabat Perhutanan Sabah, Sandakan
(Tel: 089-242 786, 089-242820) ATAU
Di Pejabat Pentadbiran, Pejabat Perhutanan Daerah Kota Kinabalu, Taman Botani & Zoologi, Lok Kawi, KOTA KINABALU
(Tel : 088-761 796)

Tempoh: 10/01/2019 hingga 25/01/2019 pada waktu pejabat.

Harga: RM100.00 (Bank Deraf atau Resit Tunai yang dikeluarkan oleh Unit Kewangan Jabatan Perhutanan Sabah. Bayaran atas nama Ketua Konservator Hutan Sabah)
Tarikh:10 Januari 2019
Masa: 10:00am
Tempat: Bilik Mesyuarat, Pejabat Perhutanan Daerah Kota Kinabalu, Taman Botani & Zoologi Lok Kawi, KOTA KlNABALU.

KEHADIRAN ADALAH DIWAJIBKAN

Kontraktor yang tidak menghadiri taklimat TIDAK LAYAK untuk membeli dokumen Tender.

1. Kontraktor yang berminat menghadiri Taklimat Tender dikehendaki mengesahkan kehadiran mereka. Hanya penama yang tercatat dalam sijil pendaftaran PUKONSA, PMS atau Kementerian Kewangan Malaysia sahaja yang dibenarkan menghadiri Taklimat Tender. Wakil adalah tidak dibenarkan. Bagi tujuan pengesahan, Sijil ASAL dan salinan hendaklah dibawa semasa sesi taklimat berserta Cop Syarikat. Pengesahan kehadiran hendaklah dibuat kepada
Ketua Konservator Hutan melalui talian telefon: 089-242786 dan faks borang pengesahan kehadiran melalui faks: 089-671680 selewat-lewatnya jam 4.00 petang, 09/01/2019 (Rabu). Maklumat projek hanya akan diedarkan kepada kontraktor-kontraktor yang mengesahkan kehadiran mereka.

2. Dokumen Meja Tawaran boleh disemak di Bahagian Pengurusan Projek & Perkhidmatan Am, Ibu Pejabat Jabatan Perhutanan Sabah, SANDAKAN atau Pejabat Pentadbiran, Pejabat Perhutanan Daerah Kota Kinabalu, Taman Botani & Zoologi, Lok Kawi, KOTA KINABALU bermula 04/01/2019 sehingga 25/01/2019 pada waktu pejabat.

3. Dokumen Tender hanya akan dijual kepada kontraktor yang berdaftar dan menghadiri Taklimat Tender sahaja. Untuk maksud ini, kontraktor atau wakil yang diberi kuasa hendaklah membawa slip kehadiran taklimat tender berserta sijil ASAL perakuan pendaftaran kontraktor (PUKONSA, PMS atau Kementerian Kewangan Malaysia). Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan kontraktor TIDAK LAYAK untuk membeli dokumen tender untuk projek ini.

4. Tender yang lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang berlakri dengan mencatatkan Tajuk dan No. Tender pada sebelah atas kiri sampul dan clihantar terus dan dimasukkan ke peti tawaran Tender sebelum atau pada 28/01/2019 (lsnin), jam 12.00 tengahari di alamat:

Setiausaha, Lembaga Perolehan Persekutuan Sabah,
Tingkat 2, Rumah Persekutuan Jalan Mat Salleh,
88592 Kota Kinabalu, Sabah


5. Dokumen Tender yang lewat diterima dari tarikh dan masa yang ditetapkan TIDAK AKAN DIPERTIMBANGKAN.

KETUA KONSERVATOR HUTAN SABAH