JP/SN/KEW/HQ/01/2019 Sebutharga Membekal & Menjahit Pakaian Seragam Kakitangan Jabatan Perhutanan Sabah Tahun 2019 (Tawaran Kali Ke-2)

Kenyataan Sebutharga No. JP/SN/KEW/HQ/01/2019 - Tawaran kali Ke-2.



Tawaran adalah dipelawa daripada kontraktor yang berdaftar dengan Pusat Khidmat Kontraktor Negeri Sabah (PUKONSA) & Perbendaharaan Malaysia Sabah (PMS) dalam mana-mana Kelas, Kepala dan Sub-Kepala, Gred Kategori dan pengkhususan yang berkaitan seperti berikut dan masih dibenarkan membuat tawaran bagi kerja-kerja berikut :-

 

Tajuk Kerja Syarat Pendaftaran, Gred, Kategori & Pengkhususan Tempat & Tarikh Dokumen Sebutharga Diperolehi
Membekal & Menjahit Pakaian Seragam Kakitangan Jabatan Perhutanan Sabah Tahun 2019 (Tawaran Kali Ke-2) PUKONSA Kod 050101 & Kod 220900

ATAU

PMS Kod 020801 & kod 222401
Unit Stor, Bahagian Kewangan & Belanjawan, Jabatan Perhutanan Sabah, 1st Floor, Block E, KM 11, North Road, Locked Bag 68, 90009 Sandakan Sabah.
Tel: 089-242500

Dokumen Meja Tawaran boleh diperiksa dan diperolehi mulai 10 - 24 Jun 2019 pada waktu pejabat dengan bayaran Dokumen Sebanyak RM50.00 senaskah. Bayaran boleh dibuat melalui Wang Pos atau Resit Tunai yang dikeluarkan oleh Bahagian Belanjawan Dan Kewangan Jabatan Perhutanan Sabah, Sandakan. Bayaran tidak akan dikembalikan. Dokumen Sebutharga hanya akan dikeluarkan kepada wakil-wakil kontraktor yang sah sahaja. Untuk maksud ini, kontraktor atau wakil-wakil kontraktor hendaklah membawa surat PENDAFTARAN ASAL yang dikeluarkan oleh pihak Pusat Khidmat Kontraktor Negeri Sabah (PUKONSA) atau Perbendaharaan Sabah (PMS).

Sebutharga yang lengkap diisi hendaklah di hantar terus dan dimasukkan ke Peti Tawaran Sebutharga , Bahagian Pengurusan Projek Dan Perkhidrnatan Am, Jalan Utara KM11, Locked Bag 68, 90009 SANDAKAN, SABAH pada atau sebelum jam 10.00 pagi pada 24 Jun 2019 (ISNIN).

KETUA KONSERVATOR HUTAN