JP/TP/PPA-SIL/BLN/P23/01/2019: Tender Untuk Kerja - Kerja Lapangan Rawatan Silvikultur Di Hutan Simpan Sugut, Beluran, Sabah

 
Tawaran adalah dipelawa daripada kontraktor yang berdaftar dengan Pusat Khidmat Kontraktor Negeri Sabah (PUKONSA) atau mempunyai Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dalam mana-mana Kelas, Kepala dan Sub-Kepala, Gred Kategori dan pengkhususan yang berkaitan seperti berikut dan masih dibenarkan membuat tawaran bagi kerja-kerja berikut :-
 
Tajuk Kerja Syarat Pendaftaran, Gred, Kategori & Pengkhususan Tempat & Tarikh Dokumen Sebutharga Diperolehi
JP/TP/PPA-SIL/BLN/P23/01/2019

Tender Untuk Kerja - Kerja Lapangan Rawatan Silvikultur Di Hutan Simpan Sugut, Beluran, Sabah
PUKONSA KELAS D Kepala VI, Sub-Kepala 5

ATAU

SPKK dan mempunyai CIDB dalam Gred G4 Kategori CE - Pengkhususan CE14
Bahagian Pembangunan & Perkhidmatan Am (PPA), Jabatan Perhutanan Sabah, Tingkat Bawah, Blok D, KM 11, Jalan Utara, Beg Berkunci 68, 90009 Sandakan, Sabah
Tel : 089-242500

ATAU

Pejabat Pentadbiran, Pejabat Perhutanan Daerah Kota Kinabalu, Taman Botani & Zoologi Lok Kawi, Kota Kinabalu.
Tel : 088-761796

Dokumen Meja Tawaran boleh diperiksa dan diperolehi mulai 29 Julai 2019 - 19 Ogos 2019 pada waktu pejabat dengan bayaran Dokumen Sebanyak RM100.00 senaskah. Bayaran Boleh dibuat melalui Wang Pos atau Resit Tunai yang dikeluarkan oleh Bahagian Belanjawan Dan Kewangan Jabatan Perhutanan Sabah, Sandakan. Bayaran tidak akan dikembalikan.

Dokumen Tender hanya akan dikeluarkan kepada Pemilik Lesen Kontraktor yang SAH sahaja. Untuk maksud ini, kontraktor dikehendaki membawa kad pengenalan dan sijil asal yang dikeluarkan oleh pihak Pusat Khidmat Kontraktor Negeri Sabah (PUKONSA) atau Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB).

Tender yang lengkap diisi hendaklah dihantar terus dan dimasukkan ke Peti Tawaran Tender, SETIAUSAHA, LEMBAGA PEROLEHAN PERSEKUTUAN SABAH, TINGKAT 2, RUMAH PERSEKUTUAN, JALAN MAT SALLEH SABAH, 88592 KOTA KINABALU, SABAH pada atau sebelum jam 12.00 tengahari pada 19 Ogos 2019 (ISNIN).

KETUA KONSERVATOR HUTAN