JP/SP/FSP-KLIAS/01/2019: Kerja - Kerja Menyelenggara & Menaiktaraf Nature Interpretation Trail di Semenanjung Klias, Beaufort

 
Tawaran adalah dipelawa daripada kontraktor yang berdaftar dengan Pusat Khidmat Kontraktor Negeri Sabah (PUKONSA) atau mempunyai Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dalam mana-mana Kelas, Kepala dan Sub-Kepala, Gred Kategori dan pengkhususan yang berkaitan seperti berikut dan masih dibenarkan membuat tawaran bagi kerja-kerja berikut :-
 
Tajuk Kerja Syarat Pendaftaran, Gred, Kategori & Pengkhususan Tempat & Tarikh Dokumen Sebutharga Diperolehi
JP/SP/FSP-KLIAS/01/2019.

Kerja - Kerja Menyelenggara & Menaiktaraf Nature Interpretation Trail di Semenanjung Klias, Beaufort
PUKONSA KELAS E Kepala I, Sub-Kepala I

ATAU

Kod Baru SPKK
CIDB (G2) CE21
Pejabat Pusat Luar Hutan Paya Gambut Klias Jln Luagan - Sanginan, Jabatan Perhutanan Sabah, Pejabat Perhutanan Daerah Beaufort, Peti Surat No. 48, 89808 Beaufort, Sabah.
Tel : 088-915626
Faks : 088-915620

Dokumen Meja Tawaran boleh diperiksa dan diperolehi mulai 12 Ogos 2019 - 19 Ogos 2019 pada waktu pejabat dengan bayaran Dokumen Sebanyak RM60.00 senaskah.

Pemeriksaan dokumen adalah wajib dan akan diadakan pada 14 Ogos 2019 jam 10.00 pagi di Pejabat Pusat Luar Hutan Paya Gambut Klias. Sehubungan dengan itu wakil-wakil kontraktor hendaklah membawa surat PENDAFTARAN ASAL yang dikeluarkan oleh pihak Pusat Kontraktor Negeri Sabah (PUKONSA) atau Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB).


Sebutharga yang lengkap diisi hendaklah dihantar terus dan dimasukkan ke Peti Tawaran Sebutharga, BAHAGIAN PEMBANGUNAN & PRTKHIDMATAN AM (PPA), IBU PEJABAT, JABATAN PERHUTANAN SABAH, BEG BERKUNCI No. 68, 90009 SANDAKAN SABAH pada atau sebelum jam 12.00 tengahari pada 19 Ogos 2019 (ISNIN).

KETUA KONSERVATOR HUTAN