Konservasi-f

Pengurusan Kebakaran Hutan

Pencegahan Kebakaran hutan merangkumi pemantauan tahap bahaya kebakaran di kawasan hutan simpan di seluruh negeri.

Selain daripada rondaan oleh kakitangan lapangan, jabatan juga menggunakan satu alat bagi mencegah kebakaran iaitu Sistem Kadar Bahaya Kebakaran (Fire Danger Rating System, FDRS). Sistem ini digunakan untuk memantau potensi berlaku kebakaran terutamanya di musim kemarau. Sistem ini memberikan indikasi kebakaran bermula, merebak dan kerosakan yang terlibat. Oleh itu, sistem ini memberikan amaran awal masalah kebakaran yang serius supaya langkah-langkah pencegahan dan persiapan awal dapat diambil sebelum keadaan kebakaran hutan menjadi tidak terkawal.

Sebuah rencana yang memberi maklumat asas tentang pengurusan kebakaran hutan di Sabah terdapat pada pautan berikut:

 

Pautan ke: Pengurusan Kebakaran Hutan di Sabah (695KB dalam Format PDF)