Pendidikan-f

Institut Perhutanan Sabah

Sekolah Latihan Perhutanan, Jabatan Perhutanan Sabah (IPS) telah ditubuhkan pada tahun 1974 di Sepilok, berhampiran dengan Pusat Penyelidikan Perhutanan Sabah. Dalam tahun 1989 dengan pengujudan Kursus Renjer Hutan, Sekolah Latihan Perhutanan ini telah dinaik-taraf dengan nama Institut Perhutanan Sabah. Pada 21 Julai, 1997, Institut Perhutanan Sabah atau IPS telah berpindah ke kampus barunya yang terletak berhampiran dengan Pejabat Perhutanan Daerah Telupid di Daerah Telupid. Tujuan pengujudan Institut Perhutanan Sabah ini adalah untuk melatih kakitangan sokongan Jabatan Perhutanan Sabah bagi melaksanakan kerja-kerja yang berkaitan dengan pengurusan hutan. Institut Perhutanan ini telah melatih ramai kakitangan teknikal Jabatan Perhutanan Sabah selama lebih kurang 30 tahun. Sehingga kini lebih kurang 1,000 orang pelajar telah mengikuti dua kursus utama iaitu Kursus Renjer Hutan dan Kursus Pengawas Hutan di Institut ini.

Butir-butir lanjut tentang kursus yang ditawarkan oleh IPS diberi pada pautan berikut:

1. Kursus Yang Ditawarkan (421KB dalam format PDF)

2. Kemudahan penginapan di Institut Perhutanan Sabah (3.4MB dalam format PDF)