Polisi-f

Penguatkuasaan dan Pemantauan

Fungsi penguatkuasaan dan pemantauan di Jabatan Perhutanan terbahagi kepada beberapa bahagian yakni Bahagian Penguatkuasaan dan Penyiasatan; Unit Pemantauan, Kawalan, Penguatkuasaan dan Penilaian (MCEE); beberapa Unit Operasi dan Pejabat Perhutanan Daerah.

Latar Belakang
Bahagian Penguatkuasaan dan Pemantauan telah ditubuhkan pada 6 Ogos 2002 atas penggabungan dua bahagian di Jabatan ini yakni Bahagian Penguatkuasaan dan Bahagian Penyiasatan. Fungsi utama bahagian ini adalah untuk menguatkuasakan Enakmen Hutan 1968 dan Undang-Undang Hutan 1969 dan untuk menjalankan penyiasatan terhadap laporan pelanggaran undang-undang hutan. Tugas lain bagi bahagian ini adalah menyediakan latihan 'hands-on' terhadap pegawai di Jabatan ini. Bahagian ini juga menyediakan latihan kepada jabatan yang lain seperti kakitangan penguatkuasaan Yayasan Sabah dan pegawai Jabatan Perlindungan Alam Sekitar apabila diperlukan. Bahagian ini bekerjasama rapat dengan lain-lain unit penguatkuasaan di Sabah untuk mencapai matlamatnya dalam menghalang aktiviti pembalakan haram dan membantu menyediakan ekonomi yang stabil dan kepada persekitaran hutan yang sihat dan seimbang. 

 

Visi Mengukuhkan Undang-Undang, Penguatkuasaan dan Pengurusan Hutan yang Baik.
Misi

Menjalankan penguatkuasaan undang-undang dengan kesungguhan dan efisyen berdasarkan Enakmen Hutan 1968 dan Undang-Undang Hutan 1969

Piagam Pelanggan
  1. Menerima dan meneliti aduan awam dan seterusnya membuat arahan untuk siasatan segera.
  2. Memastikan setiap kertas siasatan dilengkapkan dalam jangka masa yang sesuai berdasarkan kerumitan dan merit kes.
  3. Menguatkuasakan dan menyiasat semua jenayah hutan berdasarkan Enakmen Hutan 1968 dan Undang-Undang Hutan 1969.

 

Strategi Penguatkuasaan dan Penyiasatan

Terdapat pelbagai usaha yang telah dilaksanakan untuk mengurangkan aktiviti haram berkaitan balak, undang-undang hutan yang ketat juga telah diperkenalkan dari masa ke masa untuk menyelesaikan masalah ini. Jabatan Perhutanan turut telah membuat tindakan inovasi terkini untuk meningkatkan perkhidmatannya. Strategi telah dipertingkatkan dan tenaga kerja turut ditambah ke setiap daerah sebagai usaha untuk mengurangkan masalah tersebut.

Demi mencapai matlamatnya, kerajaan memerlukan bahagian ini, MCEE dan semua pegawai di setiap daerah perhutanan, UPPH di Jabatan Ketua Menteri, Tentera dan Polis bekerjasama dalam mengawal jenayah hutan di negeri ini. 

Setiap unit penguatkuasaan boleh membuat aktiviti penguatkuasaannya secara individu, dalam kapasiti dan bidang kuasanya. Sebagai contoh Unit UPPH (Unit Pembanterasan Pembalakan Haram), unit MCEE dan Pegawai Perhutanan Daerah boleh membuat serbuan terhadap mana-mana kawasan konsesi di seluruh Sabah, di 'log ponds', di 'log yards' dan boleh membuat tangkapan dimana dan bila perlu sepertimana diperuntukkan di bawah Seksyen 36(2A) dalam Enakmen Hutan 1968. 

Enforcement-Seized-Machinery
Foto di atas: Sebahagian daripada jentera pembalakan yang dirampas disimpan di Kompleks Marin Batu Sapi

Seksyen 36(2A) dalam Enakmen Hutan 1968 menggariskan kuasa kepada pegawai perhutanan dalam sebarang siasatan terhadap mana-mana kesalahan perhutanan. Semua kertas siasatan (I.P) hendaklah diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya (DPP) untuk penelitian lanjut dan nasihat sebelum sebarang tindakan diambil atau prosiding undang-undang dijalankan terhadap pesalah.

Enforcement-Seized-Tangar
Foto di atas: Kulit Kayu Bakau atau dikenali sebagai "Kulit Tangar" yang turut dirampas.


Usaha turut dilaksanakan untuk melatih pegawai perhutanan (Renjer dan ke atas) dari masa ke masa dalam melaksanakan penyiasatan dan penyediaan kertas siasatan (I.P.).

Enforcement-Training
Foto di atas: Pegawai-Pegawai Perhutanan, Renjer Kanan dan Renjer sentiasa dilatih