Polisi-f

Perlesenan Hutan

Lesen hutan dikeluarkan di bawah Seksyen 24 Enakmen Hutan 1968. Sebagai keperluan kepada syarat-syarat lesen, permit kup dikeluarkan kepada pemegang lesen yang mengamalkan pengurusan hutan mampan di bawah Lesen Perjanjian Pengurusan Hutan Mampan (SFMLA - Sustainable Forest Management Licence Agreement).  

Lesen Pembalakan juga dikeluarkan Alienated Land atau tanah berhak milik dengan asas Borang 2B. Pengeluaran Lesen Borang 2B penting kerana balak dihasilkan daripada jenis lesen ini melengkapi keperluan untuk bekalan bahan mentah untuk industri berasaskan kayu di Sabah, untuk mengekalkan operasi mereka. Ia juga membantu untuk menggalakkan ekonomi pengusaha kayu kecil-kecilan di Sabah.

Lesen Borang IIB dikeluarkan bagi maksud menghapuskan kayu balak yang ditebang dari tanah beri hakmilik semasa aktiviti pembersihan tanah dan mereka dinilai untuk royalti dan bayaran lain oleh kakitangan Jabatan Perhutanan Sabah sebelum mereka boleh dipindahkan daripada tanah tersebut. Pada asasnya, royalti dan bayaran lain yang dikumpul dari log dibawah lesen Borang 2B menambah peti simpanan kerajaan Negeri. 

Selain lesen pembalakan , Jabatan Perhutanan juga telah mengeluarkan permit pekerjaan, untuk pelbagai tujuan.

Permit kup yang dikeluarkan kepada pemegang SFMLA memberi kebenaran kepada mereka melaksanakan pelbagai fungsi seperti berikut:
  • Penuaian dan aktiviti Rawatan Silvikultur.
  • Ladang Hutan Industri (ITP: Industrial Tree Plantation).
  • Penanaman Semula Hutan dan Tanaman Mengaya.
  • Penubuhan / Aktiviti Perhutani.
  • Pembangunan Tapak Semaian.
  • Pembalakan Helikopter / Mesra Alam.
  • Penternakan.
 
Kup yang dikeluarkan adalah selari dengan syarat-syarat lesen perjanjian bertujuan untuk perlaksanaan secara sistematik teknik pembalakan impak rendah (RIL: Reduced Impact Logging), rawatan silvikultur, pembangunan ladang hutan industri, penanaman semula hutan dan tanaman mengaya. Aktiviti-aktiviti pengurusan ini adalah dikawal dan ditadbir oleh Pegawai Hutan Daerah.