Mampan-f

Perhutanan Komuniti

CommunityPerhutanan komuniti atau perhutanan masyarakat adalah satu komponen penting dalam banyak projek perhutanan di Sabah. Perhutanan masyarakat memberi perhatian terhadap penglibatan petani-petani bumiputera dalam semua aspek pengurusan hutan, termasuk penyiasatan, membuat keputusan, perancangan dan pelaksanaan, bagi membolehkan mereka mendapat hasil pendapatan daripada sumber hutan mereka.

Perhutanan masyarakat juga melibatkan penyertaan masyarakat setempat dalam pengurusan hutan seperti penghutanan semula. Perlaksanaan perhutanan masyarakat memerlukan kerjasama yang erat di antara pihak kerajaan dan masyarakat tempatan.