Mampan-f

Pembalakan Helikopter

Penuaian balak memasuki dimensi baru di Sabah apabila pembalakan helikopter diperkenalkan buat pertama kalinya pada bulan Jun 2004. Ia menandakan era baru dalam sejarah industri pembalakan. Pembalakan helikopter dijalankan di kawasan cerunan untuk mengurangkan kerosakan kepada sisa dirian. 

Pembalakan Heli atau pembalakan helikopter ialah kaedah pembalakan yang menggunakan helikopter untuk mengalihkan pokok yang telah ditebang daripada hutan dengan mengangkatnya menggunakan kabel yang dipasang pada sebuah helikopter. Pembalakan ini sering digunakan di kawasan yang sukar dimasuki di hutan. Penggunaan helikopter mengurangkan tahap infrastruktur yang diperlukan untuk menuai di sesuatu kawasan, kaedah yang turut membantu mengurangkan impak terhadap alam sekitar akibat aktiviti pembalakan. Ia juga meningkatkan produktiviti di kawasan-kawasan pedalaman. 


airplanePesawat Digunakan
Sikorsky S-64 Skycrane digunakan untuk operasi pembalakan udara ini. Pada asalnya, ia merupakan produk syarikat Sikorsky Aircraft dan kemudiannya sijil jenis dan hak pembuatan telah dibeli dari mereka oleh Erickson Air-Crane pada tahun 1992.

Sejak pada itu, Erickson Air-Crane telah menjadi pengeluar dan operator terbesar dunia untuk Kren Udara S-64 dan telah membuat lebih 1,350 perubahan pada rangka udara, peralatan, dan keupayaan angkatan kepada helikopter ini. 


gearsSpesifikasi Pesawat
Maklumat Umum
Ciri-Ciri Keterangan
Krew 3 (juruterbang, penolong juruterbang), termasuk seorang jurutera atau pemerhati
Kapasiti sehingga 5 orang
Muatan 20,000 lb (9,072 kg)
Panjang 70 ft 3 in (21.41 m (fuselage))
Diameter Rotor 72 ft 0 in (21.95 m)
Tinggi 18 ft 7 in (5.67 m)
Kawasan Disc 4070 ft² (378.1 m²)
Berat Tanpa Muatan 19,234 lb (8,724 kg)
Berat Maks. berlepas 42,000 lb (19,050 kg)
Janakuasa 2 × Pratt & Whitney JFTD12-4A (T73-P-1) enjin turboshaft, 4,500 shp (3,555 kW) setiap satu
Prestasi
Kelajuan Maksimum 109 knots (126 mph, 203 km/h)
Kelajuan Pelayaran 91 knots (105 mph, 169 km/h)
Jarak 200 nmi (230 mi, 370 km) pada bahan api maksimum dan simpanan
Kadar Dakian 1,330 ft/min (6.75 m/s)
Data daripada The International Directory of Civil Aircraft. Frawley, Gerard: The International Directiory of Civil Aircraft, 2003–2004, page 195. Aerospace Publications Pty Ltd, 2003. ISBN 1-875671-58-7

Sikorsky S 64 Schematics
Lukisan Sikorsky S 64 oleh Jetijones


videoVideo Sikorsky S-64 Skycrane (Ihsan daripada YouTube)