Pertanyaan-f

Manual e-Pertanyaan

magic wandSistem Pertanyaan Elektronik Dalam Talian (e-Pertanyaan)

Berikut ialah manual sistem untuk aplikasi e-Pertanyaan kami. Aplikasi ini membolehkan anda menghantar pertanyaan, komen atau cadangan kepada kami.

Panduan Menggunakan Sistem
Untuk menggunakan sistem e-Pertanyaan, berikut adalah langkah-langkah mudah yang diperlukan untuk menggunakannya:
01 Klik pada pautan e-Pertanyaan 
02  Isi keterangan diri dan maklumat perhubungan. Sila pastikan anda memberikan alamat e-mel yang sah untuk memudahkan kami menghubungi dan menyalurkan kembali maklumat yang diperlukan anda.
03  Isi soalan / maklumbalas / komen anda. 
04  Sekiranya anda mempunyai lampiran yang ingin disertakan, klik pada kekotak 'ya' dan muat naik fail yang dikehendaki. Hanya satu (1) fail sahaja yang dibenarkan untuk setiap satu penghantaran. 
05 Setelah selesai, baca "pengakuan pengirim" dan lengkapkan nombor / abjad keselamatan yang dipaparkan kemudian klik "Hantar". Sekiranya anda ingin mengisi semula, klik pada butang "reset". Apabila pertanyaan anda selesai dihantar, anda akan diberikan Nombor Rujukan bagi urusan ini. Nombor Rujukan ini sah digunakan sebagai rujukan rasmi kepada urusan dalam talian anda.

Soalan Lazim

Soalan: Saya tidak menerima sebarang balasan atau e-mel selepas saya menghantar pertanyaan
Jawapan
Sekiranya anda tidak menerima sebarang jawapan atau bukti penghantaran melalui e-mel anda, ini mungkin berlaku atas beberapa sebabl (1) Kesilapan typo dalam alamat e-mail; (2) Pembekal perkhidmatan email ada telah menandakan e-mel tersebut sebagai 'spam' atau (3) Peti masuk atau inbox perkhidmatan e-mel anda telah mencapai had kuota saiznya. Untuk menyelesaikan isu ini, berikut ialah cadangan penyelesaian yang boleh dilakukan: 

(1) Kesalahan Typo dalam alamat e-mel yang diberikan
Hubungi kami melalui sistem ini dan isi semua maklumat yang diperlukan sekali lagi dengan tepat (terutamanya alamat e-mel anda) dan berikan kami nombor rujukan atau pertanyaan yang telah anda hantar sebelumnya.

(2) Pembekal perkhidmatan e-mel anda melabelkan e-mel kami sebagai 'spam'
Walaupun hal ini jarang berlaku, anda boleh memeriksa folder spam anda untuk mengasihkan e-mel kami daripada klasifikasi spam. Ini akan memudahkan anda untuk berurusan dengan kami kelak.

(3) Storan e-mel anda telah mencapai had kuota
Padam semua e-mel yang tidak lagi digunakan, spam atau yang telah usang (melebihi setahun) daripada storan e-mel anda. Cuba isi semula sistem dan kami akan dapat menghantar jawapan kepada anda sebaik sahaja anda berjaya mengosongkan ruang storan cukup untuk penerimaan mel baharu.

Soalan: Saya telah menerima nombor rujukan dan notifikasi melalui e-mel. Namun saya masih lagi belum menerima balasan rasmi daripada Jabatan Perhutanan Sabah.
Jawapan
Setiap pertanyaan yang berjaya dihantar kepada kami akan diproses dengan perhatian dan prosedur yang ketat. Setiap pertanyaan akan diproses dengan set prosedur dan durasi respon masa yang tersendiri (Sila rujuk pada jangka masa pengendalian Sistem EP). Ia akan mengambil masa maksimum selama 14 hari masa bekerja untuk pertanyaan diproses terutamanya yang melibatkan permohonan data atau maklumat, penjelasan polisi dan pelbagai kes tertentu yang melibatkan bidang kuasa. Sila tunggu maksimum 14 hari bekerja bermula tarikh anda menerima bukti penerimaan tersebut.

Soalan: Saya telah menunggu selama 14 hari bekerja namun tiada balasan diterima. Apa yang perlu saya lakukan?
Jawapan
Hubungi kami semula dengan nombor rujukan anda. Sila berikan nombor telefon yang sah agar kami dapat menghubungi anda untuk membantu anda secepatnya.

Soalan: Pertanyaan saya telah dijawab tetapi saya ada soalan lain atau memerlukan maklumat lanjut
Jawapan
Anda sebaiknya menghantar soalan baharu tersebut melalui sistem semula. Membalas secara terus (direct reply) kepada jawapan melalui e-mel amat tidak digalakkan kerana nombor rujukan dan tempoh urusan tidak dapat ditentukan secara tepat. Namun begitu, sekiranya anda memerlukan maklumat lanjut, balasan terus kepada kami boleh dilakukan selagimana pertanyaan tersebut relevan dan sesuai bagi sesi pertanyaan tersebut.