LatarBelakang-f

Pengenalan

Jabatan Perhutanan Sabah telah diberi kepercayaan untuk menguruskan hutan dan mengawal aktiviti-aktiviti perhutanan di Sabah, negeri yang kedua terbesar di Malaysia. Ia terletak di hujung utara Pulau Borneo yang menjadi tuan rumah kepada beberapa hutan hujan tropika yang tertua dan biodiversiti terkaya di dunia.

 

 

Pembalakan komersil di Sabah bermula pada tahun 1879, dan pada tahun 1914, Jabatan Perhutanan Sabah telah ditubuhkan sebagai tindak balas kepada peningkatan pesat dalam aktiviti pembalakan.

 

Sehingga hari ini, Jabatan Perhutanan Sabah telah memegang peranan penting dalam pembangunan negeri ini. Ia menggaji kira-kira 2,000 kakitangan di seluruh Sabah dan kebanyakan mereka bertugas di Ibu Pejabat yang terletak di Sandakan, kira-kira 9 kilometer dari pusat bandar.