Perutusan Ketua Konservator Hutan

ccf 160x213Salam hormat dari Jabatan Perhutanan Sabah dan selamat datang ke laman web kami. Selaras dengan aspirasi kerajaan baru, kami akan berusaha gigih untuk menyediakan informasi terkini berkaitan kepada pengurusan hutan negeri untuk rakyat Sabah dan kepada setiap pengguna atas talian melalui laman web kami. Ini adalah berdasarkan kepada misi kami, iaitu merancang & melaksanakan pengurusan sumber hutan negeri dengan berkesan dan cekap selaras dengan prinsip-prinsip Sustainable Forest Management (SFM).

Laman web Jabatan Perhutanan Sabah bertindak sebagai pintu masuk kepada sesiapa yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai program-program Jabatan, aktiviti dan isu perhutanan di Sabah. Sebagai penjaga hutan di Sabah, Jabatan menekankan kepada realisasi SFM sebagai visi kami. Pencapaian SFM adalah salah satu agenda utama kepada Jabatan Perhutanan Sabah. Jabatan secara aktif terlibat dalam usaha meletakkan perhutanan negeri di bawah SFM dari amalan eksploitatif perhutanan di masa lampau. Ini terbukti dengan penubuhan model kawasan pengurusan dengan keluasan 55,000 Ha di Hutan Simpan Deramakot dan seterusnya diserap kepada sistem pengurusan ke seluruh negeri pada tahun 1997. Hutan Simpan Deramakot adalah Hutan Simpan Kelas II Hutan Komersial yang telah disjilkan sebagai hutan yang diurus dengan baik berdasarkan standard antarabangsa yang ditetapkan oleh Forest Stewardship Council (FSC). Pensijilan ini adalah yang pertama dan hutan hujan tropika yang paling lama diiktiraf di seluruh dunia. Sebagai sebahagian daripada strategi, ke semua unit pengurusan hutan di Sabah adalah perlu menerima pakai model Deramakot ini dan mengamalkan teknik penuaian pembalakan kurang impak dalam pengekstrakan kayu dan pengurusan hutan.

Pemuliharaan adalah bahagian penting dari SFM. Dasar Kerajaan Negeri menekankan pemuliharaan ekosistem semulajadi melalui kawasan perlindungan. Ini adalah sejajar dengan objektif Inisiatif Heart of Borneo, yang diterajui oleh Jabatan Perhutanan Sabah. Bagi ekosistem terrestrial di Sabah, sehingga kini, lebih daripada 26% kawasan tanah negeri (kira-kira 1.9 juta Ha) telah diwartakan sebagai Totally Protected (TPAs), dan angka ini merupakan rangkaian terbesar TPA di negara ini. Peratusan ini jauh melebihi sasaran IUCN (International Union for Conservation of Nature) sebanyak 10% dan bahkan CDB (Convention on Biological Diversity) 17% dari pelbagai jenis ekosistem. Kerajaan Negeri merancang untuk memperluaskan saiz Kawasan Terpelihara (TPAs) kepada 30% keluasan Sabah dalam masa terdekat.

Perjalanan dalam mencapai pengurusan hutan yang baik adalah tidak mudah Walaupun pelbagai cabaran, Jabatan akan terus cemerlang dalam pelaksanaan SFM untuk memperbaiki ke arah persekitaran yang lebih hijau dan faedah jangka panjang untuk rakyat Sabah. Jabatan ini juga berusaha keras untuk meningkatkan alat pentadbiran untuk mencapai matlamat kami, termasuk undang-undang, perlindungan sumber hutan, penyelidikan dan pembangunan perhutanan, pembinaan kapasiti, rekreasi dan pendidikan alam sekitar.

Laporan tahunan Jabatan adalah tersedia di laman web dan boleh dimuat turun dengan mudah. Laporan-laporan ini menerangkan aktiviti tahunan dan pencapaian yang mencerminkan Key Performance Index (KPI) Jabatan. Oleh itu, saya amat mengesyorkan kepada anda jika anda ingin tahu mengenai Jabatan Perhutanan Sabah.

Sila hubungi webmaster kami sekiranya anda mempunyai sebarang soalan, komen atau cadangan.

Terima kasih dan selamat melayari laman web kami.

Datuk Mashor Mohd. Jaini
Ketua Konservator Hutan