Korporat-f

Piagam Pelanggan

Kami berjanji untuk memberikan perkhidmatan yang cemerlang dan komited serta sentiasa bersedia melaksanakan tanggungjawab kami seperti berikut:

 

No. Piagam
1

Memberi maklumbalas terhadap permohonan pengeluaran hasil hutan atau perkilangan berasaskan kayu dalam dalam tempoh satu (1) minggu dari tarikh permohonan lengkap diterima.

2

Mengeluarkan lesen hutan dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh permohonan lengkap diterima.

3

Mengeluarkan lesen perkilangan kayu, sijil kontraktor dan eksport dalam tempoh satu (1) bulan dari tarikh permohonan lengkap diterima. 

4

Meluluskan perlanjutan kuatkuasa lesen hutan dalam tempoh dua (2) bulan dari tarikh permohonan diterima. 

5

Meluluskan perlanjutan tempoh kuatkuasa lesen perkilangan kayu, sijil kontraktor dan lesen eksport dalam tempoh dua (2) minggu dari tarikh permohonan diterima.

6

Memberi maklumat dan nasihat teknikal mengenai pengurusan, penyelidikan dan pembangunan serta data sumber hutan negeri dalam tempoh dua (2) minggu dari tarikh permohonan diterima.

7

Melepaskan wang cagaran, jaminan bank dan tuntutan bayaran balik baki kredit royalti selepas operasi lesen ditutup dalam tempoh satu (1) bulan dari tarikh tuntutan diterima tertakluk kepada semua dokumen lengkap. 

8

Membekalkan bahan terbitan tak terperingkat selewat-lewatnya satu (1) minggu dari tarikh permohonan diterima.

9

Bertindak segera ke atas aduan orang awam berhubung kesalahan hutan atau teguran terhadap perkhidmatan perhutanan dengan memberi maklumbalas dalam tempoh satu (1) minggu.

10

Memberi keputusan terhadap permohonan mengikuti kursus di Institut Perhutanan Sabah (IPS) dalam tempohsatu (1) bulan selepas tarikh temuduga. 

11

Memberi perkhidmatan yang terbaik dan layanan yang mesra sepanjang masa.