Sabah State Government

SABAH FORESTRY DEPARTMENT

OFFICIAL WEBSITE

How Can We Help You?

Discover Frequently Asked Questions from Support

Kelulusan permohonan adalah tertakluk kepada garis panduan & syarat-syarat seperti berikut:

  1. Mendapatkan lesen akses daripada Pusat Biodiversiti Sabah melalui alamat berikut : Pusat Biodiversiti Sabah, Pejabat Hasil Bumi, Jabatan Ketua Menteri, Aras 19, Blok A, Menara Kinabalu, 88400 Kota Kinabalu. Tel 088-369099 / 369312. Fax 088-250753. Emel sabc@sabah.gov.my
  2. Sila berjumpa dengan Pejabat Perhutanan Daerah yang berhampiran berhubung kerja-kerja penyelidikan atas faktor keselamatan, operasi dan lain-lain
  3. Penumbangan pokok & perbuatan merosakkan tumbuh-tumbuhan adalah ditegah
  4. Memburu adalah dilarang
  5. Dilarang membuang sampah merata-rata & pelupusan sampah hendaklah dengan kaedah mesra alam
  6. Bagi pengumpulan sampel penyelidikan, hanya kuantiti mencukupi sahaja dibenarkan
  7. Setelah selesai kerja lapangan penyelidikan, laporan perlu dikemukakan kepada Ketua Penyelidikan Perhutanan, Sepilok & salinan kepada Ketua Konservator Hutan
  8. Jabatan Perhutanan tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku kemalangan / kecederaan kepada pemohon semasa menjalankan penyelidikan di lapangan di dalam Hutan Simpan Sabah

Jabatan Perhutanan tidak menjalankan kajian terhadap hidupan liar. Sila berhubung dengan Jabatan Hidupan Liar Negeri  Sabah untuk maklumat lanjut di https://wildlife.sabah.gov.my/

Sila kemukakan surat permohonan & resume anda ke emel htan@sabah.gov.my dan/atau hantar surat permohonan kepada Ketua Konservator Hutan, Jabatan Perhutanan Sabah, Batu 6, Jalan Labuk, 90000 Sandakan.

Permohonan hendaklah melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah. Sila lawati https://jawatan.sabah.gov.my

Jabatan ini tidak menyediakan perkhidmatan tersebut. Anda boleh mendapatkan khidmat pemandu pelancong daripada agensi pelancongan berdaftar. Jika kawasan yang hendak dimasuki melibatkan hutan simpan, anda dinasihatkan untuk mendapatkan kebenaran & permit memasuki hutan simpan dari Pejabat Perhutanan Daerah yang berhampiran.

Sila berhubung terus dengan Pejabat Perhutanan Daerah yang berhampiran dengan lesen operasi syarikat anda.

Ini akan melibatkan permohonan Removal Pass & pengesahan dari Penyelia di lapangan.

Please write an official letter to Chief Conservator of Forests for approval, & kindly forward your supporting letter from your organisation.

You may send whatsapps msg to (+6)0198008007 or email to rafflesia.info@gmail.com for more info.

Status tanah dan kawasan berhutan di Negeri Sabah adalah dikawal selia di bawah kerangka perundangan negeri yang berbeza mengikut kategori kawasan hutan tersebut serta bidang kuasa agensi berkaitan. Penjelasan lanjut adalah seperti berikut:

1. Kategori Kawasan Hutan di Sabah
Secara amnya, kawasan berhutan di Sabah terbahagi kepada tiga (3) kategori iaitu:
(a) Hutan Simpan: Kawasan berhutan yang telah diwartakan di bawah Forest Enactment 1968 dan ditadbir oleh Jabatan Perhutanan Sabah.
(b) Tanah Kerajaan: Kawasan berhutan yang berada di kawasan tanah negeri yang tertakluk kepada Land Ordinance Cap. 68 dibawah kawal selia Jabatan Tanah dan Ukur.
(c) Tanah bermilik: Kawasan berhutan yang berada dalam Kawasan pemilikan individu atau entiti dan tertakluk kepada syarat serta sekatan kepetingan dalam dokumen pemilikan.

2. Status Hutan Simpan di bawah Forest Enactment 1968
Kawasan yang telah diwartakan sebagai Hutan Simpan adalah diperuntukkan bagi tujuan perlindungan, pemuliharaan serta pengurusan sumber hutan secara mampan dan berada di bawah pentadbiran Jabatan Perhutanan Sabah. Sehubungan itu:

(a) Permit bagi tujuan pertanian tidak dikeluarkan bagi mana-mana kawasan Hutan Simpan;
(b) Sebarang aktiviti tanpa kebenaran adalah merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 20 Forest Enactment 1968.
(c) Aktiviti di dalam Hutan Simpan hanya boleh dijalankan melalui lesen atau perjanjian yang sah yang diluluskan oleh Kerajaan negeri bagi maksud yang dibenarkan di bawah Forest Enactment 1968.

3. Permohonan di Kawasan Hutan dalam Tanah Negeri
Sekiranya kawasan berhutan yang dimaksudkan adalah terletak di dalam Tanah Kerajaan (State Land) dan bukan diwartakan sebagai Hutan Simpan, permohonan bagi tujuan penggunaan tanah termasuk pertanian hendaklah dikemukakan kepada Jabatan Tanah dan Ukur Sabah. Permohonan tersebut akan dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Negeri selaras dengan prosedur pelupusan tanah di bawah Sabah Land Ordinance (Cap. 68) serta tertakluk
kepada ulasan teknikal daripada jabatan atau agensi kerajaan teknikal yang berkaitan.

Bagi mengelakkan sebarang kesalahan di sisi undang-undang seperti pencerobohan haram, pihak tuan adalah disarankan untuk terlebih dahulu mendapatkan maklumat lokasi atau koordinat kawasan yang dimaksudkan dan seterusnya merujuk kepada Pejabat Perhutanan Daerah atau Pejabat Tanah dan Ukur Daerah yang berhampiran bagi tujuan semakan status tanah tersebut."

slot thailand

mix parlay

main slot4d

slot mpo

slot4d gacor

https://sgnsistemas.com.br/

daftar boscuan303

situs boscuan303

boscuan303

slot toto togel online togel 4d judi bola slot gacor https://mk-gracia.ru/kompaniya/ boscuan303 boscuan303 mix parlay slot4d toto33 mpo slot